Apr 16, 2008

Berbakti pada ibubapa

Iman Bukhari dan Muslim merawikan,"Ya Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak aku pergauli dengan baik?" Baginda bersabda, "Ibumu." Aku bertanya lagi, "Siapa lagi selepas itu?" Baginda menjawab, "Ibumu." Kemudian aku bertanya lagi, "Siapa lagi?" Baginda menjawab lagi,"Ibumu." Kemudian aku bertanya sekali lagi, "Siapa lagi Ya Rasulullah?" Dan baginda menjawab, "Bapamu."

Asy-Syaikhan merawikan dari Asmak binti Abu Bakar ra, dia berkata, "Ibuku datang kepadaku dan dia seorang musyrik dizaman Rasulullah. Maka aku meminta fatwa Rasulullah SAW. Aku berkata, "Ibuku datang kepadaku sedangkan dia benci kepada Islam. Perlukah aku menemuinya?" Nabi SAW menjawab, "Ya, temuilah dia."

Ibnu Hibban merawikan, "Keredhaan Allah itu bergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemarahan kedua orang tua."

Menurut riwayat Ibnu Majjah, "Ya Rasulullah, apakah hak kedua orang tua pada anaknya?" Rasulullah menjawab, "Mereka adalah syurga dan nerakamu."

Al-Hakim merawikan juga, "Maafkanlah isteri orang, maka isterimu akan memaafkanmu dan berbaktilah kepada orang tuamu, maka anak-anakmu akan berbakti kepadamu..."

Ibnu Majjan dan Ibnu Hibban meriwayatkan, "Seorang lelaki akan terhalang rezekinya sebab dosa yang dilakukannya. Tidak mampu menolak takdir dan menambah umur kecuali berbakti (kepada orang tuanya)"

Imam empat, dari Ibnu Umar berkata, "Aku punya isteri yang kucintai, namun Umar membencinya. Dia menyuruh aku menceraikannya tapi aku menolak. Dia datang kepada Rasulullah menceritakan hal itu kepadanya. Lalu Rasulullah SAW perintahkan aku menceraikan isteriku."

Nota: Begitu pentingnya kedudukan seorang ibu. Seorang insan cuma ada satu dalam hidup setiap orang, insan yang harus diambil berat dan dijaga hati dan perasaannya. Namun masih ada yang tidak tahu menghargai mereka. Kepada yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka. Kepada yang punyai anak, inilah masa untuk menghayati perasaan sebagai ibu. Hidup ini ibarat roda, apa yang kita lakukan pada seorang ibu dulu dan hari ini, mungkin akan dialami oleh kita satu hari nanti. Kembalilah kepada ajaran Allah, pasti segalanya lebih mudah.

Menjadi seorang ibu/ayah tidak mudah. Di dalam melayani keghairahan untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak, terkadang ada yang terlupa bahawa apa yang diberikan itu bukanlah baik untuk akhirat mereka, malah tidak baik juga untuk masa depan mereka di dunia ini. Menyediakan segala kelebihan dan kesenangan untuk mereka terkadang akan melalaikan dan menghilangkan nilai-nilai moral yang paling penting untuk masa depan mereka.

Untuk menjadi anak yang baik bukan sekadar memberi duit bulanan kepada ibu/bapa tapi apa yang mereka perlukan ialah perhatian dan perasaan dihargai sepertimana mereka begitu menghargai kita semasa kecil. Berikan kemanjaan dan bermanjalah dengan mereka seperti apa yang sering dilakukan ketika kecil, pasti itu sudah cukup membahagiakan hati tua mereka.

"Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku, sayangi dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihani aku ketika aku kecil dahulu. Lapangkanlah ruang kubur untuk mereka, tempatkanlah mereka dikalangan hambaMu yang Kau cintai dan berikanlah kebaikan untuk mereka berada disisiMu... Amin"

2 comments:

umi_e said...

Salam... ada datu lagu (bahaasa Inggeris) yang anak-anak kak e suka nyanyikan berkaitan dengan ini :)

* Bagus kalau anak2 mendengar lagu2 unsur nasihat berbahasa Inggeris kerana dinyanyikan oleh kanak2 juga :)

** Kak e pun tak tau lagu siapa sebab anak-anak yang dapat sendiri lagu tu dari internet katanya... tapi memang lagu yang baik untuk dinyanyikan berbnading lagu2 yang ada dicorong2 radio ;)

suara said...

Lagu berunsur nasihat mmg baik. Moga dengan itu anak-anak akan sematkan dlm hati segala unsur nasihat yang ada dlm lagu tu. Su suka lagu2 kita yang lama, yang ada dalam koleksi dodoi simanja dulu. Ia mangingatkan su pd zaman kanak-kanak dulu. :)

Disamping lagu-lagu nasihat, cuba biasakan juga anak-anak dengan alunan zikir munajat sbb ianya akan melembutkan hati anak2. Lebih baik kalau kita sendiri yg dendangkan terutama masa mrk nak tidur. InsyaAllah, tidur mereka lebih tenang dan jauh dari mimpi yang menakutkan.