Tip Hafazan # 21
Selain daripada bahasa Arab (yang dibincangkan dalam Tips #19), ada beberapa bidang lagi yang harus diambil tahu bagi mempermudahkan proses penghafazan al-Quraan. Antaranya seperti yang tersenarai di bawah:
a)      Peristiwa-peristiwa penting dalam seerah RasulAllah, terutamanya:
             i.      Dakwah di peringkat awal di Makkah
             ii.      Hijrah
             iii.      Perang Badar
             iv.      Perang Uhud
             v.      Perang Ahzab
             vi.      Perjanjiah Hudaibiyyah
              vii.      Futuh Makkah
              viii.      Perang Hunain.
Peristiwa-peristiwa di atas serta perkara-perkara berkaitan dan hukum-hakam yang turun bersamaan dengannya selalunya dijelaskan dengan terperinci dalam surah-surah tertentu.
b)      Hukum-hakam berikut:
i.      solat terutamanya solat Jumaat, solat jama’ dan qasar, berjamaah, dalam  perang dan atas kenderaan
ii.      hajj – prosedur pelaksanaannya diperincikan satu persatu dalam al-Quraan
iii.      nikah – perkara-perkara berkaitannya seperti perkahwinan, perceraian dan penjagaan anak-anak disebut di beberapa tempat
iv.      pengiraan-pengiraan dalam pembahagian pesaka
v.      puasa Ramadhan
vi.      perang
vii.      makanan halal dan haram
viii.      hukum-hakam yang khusus untuk muslimat
c)      Jalan cerita kesah beberapa orang Nabi yang biasa diulangi dalam al-Quraan iaitu:
                     i.      Nabi Hud
                     ii.      Nabi Lut
                    iii.      Nabi Soleh
d)      Kisah-kisah nabi yang diperincikan dalam al-Quraan itu:
i.      Nabi Musa dan Harun
ii.      Nabi Ibrahim
iii.      Nabi Adam
iv.      Nabi Yusuf
v.      Nabi Nuh
vi.      Nabi Isa dan Maryam
e)      Sains dan kejadian alam, terutamanya:
 i.      peroses kejadian manusia
ii.      kejadian langit dan cakerawala serta fenomana siang dan malam
iii.      kejadian hujan
iv.      fenomena kajadian bumi terutamanya tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, laut dan sungai
v.      fenomena alam khusus kepada orang Arab antaranya padang pasir dan unta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
No comments:
Post a Comment