Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.
Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!
'Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya.
Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.
Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.
Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.
Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.
Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh,
"Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk populariti dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri."
Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.
Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!
Dengan sedihnya dia bertanya, "Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?"
Jawab si Malaikat, "Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua kerana selama ini kamu mementingkan diri, sombong, menganiaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya." Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.
Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.
Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, "Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00."
Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya "Siapakah yang 47 orang itu?" Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.
Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.
"Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu."
Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia.
Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.
Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.
Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...!!!'
Apr 29, 2009
Apr 8, 2009
Tips Hafazan : Ambil Tahu Ilmu Sokongan (Bhg II)
Tip Hafazan # 21
Selain daripada bahasa Arab (yang dibincangkan dalam Tips #19), ada beberapa bidang lagi yang harus diambil tahu bagi mempermudahkan proses penghafazan al-Quraan. Antaranya seperti yang tersenarai di bawah:
a) Peristiwa-peristiwa penting dalam seerah RasulAllah, terutamanya:
i. Dakwah di peringkat awal di Makkah
ii. Hijrah
iii. Perang Badar
iv. Perang Uhud
v. Perang Ahzab
vi. Perjanjiah Hudaibiyyah
vii. Futuh Makkah
viii. Perang Hunain.
Peristiwa-peristiwa di atas serta perkara-perkara berkaitan dan hukum-hakam yang turun bersamaan dengannya selalunya dijelaskan dengan terperinci dalam surah-surah tertentu.
b) Hukum-hakam berikut:
i. solat terutamanya solat Jumaat, solat jama’ dan qasar, berjamaah, dalam perang dan atas kenderaan
ii. hajj – prosedur pelaksanaannya diperincikan satu persatu dalam al-Quraan
iii. nikah – perkara-perkara berkaitannya seperti perkahwinan, perceraian dan penjagaan anak-anak disebut di beberapa tempat
iv. pengiraan-pengiraan dalam pembahagian pesaka
v. puasa Ramadhan
vi. perang
vii. makanan halal dan haram
viii. hukum-hakam yang khusus untuk muslimat
c) Jalan cerita kesah beberapa orang Nabi yang biasa diulangi dalam al-Quraan iaitu:
i. Nabi Hud
ii. Nabi Lut
iii. Nabi Soleh
d) Kisah-kisah nabi yang diperincikan dalam al-Quraan itu:
i. Nabi Musa dan Harun
ii. Nabi Ibrahim
iii. Nabi Adam
iv. Nabi Yusuf
v. Nabi Nuh
vi. Nabi Isa dan Maryam
e) Sains dan kejadian alam, terutamanya:
i. peroses kejadian manusia
ii. kejadian langit dan cakerawala serta fenomana siang dan malam
iii. kejadian hujan
iv. fenomena kajadian bumi terutamanya tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, laut dan sungai
v. fenomena alam khusus kepada orang Arab antaranya padang pasir dan unta.

Apr 6, 2009
Tips Hafazan : Fahami Fenomena Kelupaan
Tip Hafazan # 20
Serba sedikit mengenai persoalan lupa telah disentuh dalam beberapa topik sebelum ini. Topik ini bukanlah untuk menyediakan formula untuk mengatasi masalah lupa. Sebaliknya untuk menarik perhatian kita supaya memahami fenomena lupa dan seterusnya menyarankan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasinya. Tips #11 berkaitan peristiwa Nabi Allah Adam yang dikeluarkan dari syurga, memberikan petunjuk (hint) bahawa sejarah lupa sama umurnya dengan sejarah kejadian manusia.
Surah al-Kahf juga secara panjang lebar membawa kisah- kisah Nabi Musa, yang tiga kali terlupa mematuhi perjanjiannya dengan nabi Hidhir. Juga pernah disentuh bahawa Sahabat besar dan ulama’ masyhur juga tidak terlepas daripada masalah kelupaan. Antaranya seperti yang dinyatakan dalam tips sebelum ini, Sayyidina Ali K.W. terpaksa mengadu pada RasulAllah sendiri mengenai masalah kelupaan yang dihadapinya. Mereka yang lazim bersolat di belakang imam-imam hafiz juga biasa ketemu dengan imam yang tersilap dalam solat Tarawikh. Maksudnya, kelupaan ialah fenomena semula jadi (nature) kehidupan manusia yang berkemungkinan besar tiada siapa yang boleh 100% mengatasinya.
Fenomena lupa dalam proses penghafazan al-Quraan boleh dibahagikan kepada dua keadaan iaitu lupa berat dan lupa ringan. Lupa ringan ialah tidak dapat mengungkap (recall) ayat-ayat yang telah dihafaz dan berlaku pada sesiapa sahaja. Lupa berat pula ialah situasi ayat-ayat yang telah dihafaz memang hilang terus dari ingatan. Lupa ringan merupakan fenomena yang berlaku yang boleh dikaitkan dengan keadaan diri dan persekitaran yang tidak mengizinkan kita mengungkap ayat-ayat al-Quraan yang telah tertulis (registered) dalam ingatan kita. Dua pengaruh utama yang menyumbang kepada lupa ringan, iaitu gangguan Syaitan dan keadaan diri kita sendiri.
LUPA RINGAN
Gangguan Syaitan, seperti yang dijelaskan dalam surah al-Kahfi merupakan satu daripada faktor kelupaan. Sebab itulah Allah memerintahkan kita memulakan bacaan al-Quraan dengan ta’awudz (a-‘udzu bil-Lah min as-Syaitaan). Kisah-kisah gangguan Syaitan ke atas para Nabi, termasuk cubaan mengganggu RasulAllah S.A.W. sendiri menunjukkan kesungguhan Syaitan tiada batasannya untuk menghalang amalan baik anak Adam.
Faktor keadaan diri pula, sebahagiannya ialah keadaan fizikal kita sendiri merupakan antara penyumbang utama kepada fenomena lupa hafazan. Berkaitan dengan ini, kita perlu memberi perhatian kepada ayat 5 surah al-Muzzammil bahawa al-Quraan itu ialah ‘ayat yang berat (thaqeel)’. Keadaan fizikal yang lemah sedikit-sebanyak memberikan kesan yang signifikan ke atas mutu hafazan seseorang. Keadaan kesihatan, tahap kecergasan yang rendah, pemakanan yang tidak seimbang dan tidak teratur serta rehat yang tidak mencukupi boleh menjejaskan hafazan. Oleh itu kita tidak perlu hairan jika pada bulan Ramadhan terdapat imam-imam hafiz ‘tersangkut-sangkut’ ketika mengimami solat Tarawekh lantaran kepenatan berpuasa dan bekerja di siang hari serta disibukkan oleh aktiviti-aktiviti masyarakat dan masjid pada sebelah malamnya.
Kenapa keadaan fizikal mempunyai kaitan yang rapat dengan fenomena lupa?. Pembacaan semula (recalling) ayat-ayat yang telah dihafaz memerlukan tahap konsentrasi yang tinggi. Hal ini memerlukan tenaga dan kekuatan. Sebab itu jugalah kita biasa melihat para hafiz, selepas mengimami solat, bermandi peluh dan nampak kepenatan.
Seperkara lagi yang boleh dikaitkan dengan keadaan diri ialah ‘kesihatan ruh’ kita sendiri. Mungkin sebahagian kita biasa mendengar kisah kelupaan imam as-Syafie yang dikaitkan dengan ‘tersalah’ memakan daging kambing yang ‘syubhah’. Sebab itulah antara persediaan untuk menghafaz al-Quraan, seperti yang dijelaskan dalam surah al-Muzzammil dan al-Muddath-thir, ialah ‘pembersihan diri’. Antaranya, memperbanyakkan istighfar, bertahajjud, memperbaiki mutu ikhlas serta membersihkan diri dan sentiasa memakai pakaian dan memakan makanan yang bersih.
Bagi menghadapi fenomena ‘lupa ringan’ ini, beberapa langkah boleh diambil, antaranya:
a) seperti yang disarankan dalam ayat 24 surah al-Kahf dan bersesuaian dengan ayat 6 surah an-Naml, ingati Allah dan harapkan supaya Allah membacakannya ke dalam ingatan kita
b) seperti yang disarankan dalam surah an-Naas serta ayat 97 dan 98 surah al-Mu’minoon, harapkan supaya Allah mendiding kita daripada bisikan dan ‘was-was’ Syaitan
c) kembalikan konsentrasi dengan memastikan bacaan di lidah kita tidak mendahului bacaan dalam ingatan kita
d) semak tahap pembersihan diri kita (lihat Tips #4 dan Tips #14)
e) semak rutin harian kita (lihat Tips #8).
LUPA BERAT
Kadang-kadang keadaan ‘belum ingat’ sinonim dengan fenomena lupa. Keadaan ‘lupa berat’ boleh berlaku terutamanya dalam proses penghafazan ayat-ayat yang hampir serupa antara satu dengan yang lain. Kekeliruan dan bercampur aduk antara ayat adalah sebahagian daripada tanda-tanda ‘lupa berat’. Jika diambil iktibar daripada ayat 6 surah al-A’laa yang menyatakan sekiranya Allah telah ‘membacakan (talaqqa)’ al-Quraan ke dalam ingatan kita, selama-lamanya kita tidak akan lupa lagi, fenomena ‘lupa berat’ sebenarnya lebih menjurus pada fenomena ‘belum ingat’.
Umum kurang menyedari bahawa sebelum seseorang boleh membaca hafazan al-Quraan dengan licin dan sempurna seperti yang dilakukan oleh Imam Masjidil Haram, ia perlu melalui proses pematangan ayat-ayat yang telah dihafaz. Biasanya, hafazan seseorang mencapai tahap ‘separuh matang’ selepas dua tahun dari tarikh hafazan pertama. Hafazan selepas lima tahun, sekiranya sentiasa disemak dengan teratur, boleh dianggap matang. Maksudnya, salah satu daripada kaedah mengatasi masalah lupa berat ialah semakan hafazan yang berterusan sehingga menjadi matang. Rujuk Tips #11.
Menghafaz menggunakan teknik yang kurang bersesuaian juga antara penyumbang kepada berlakunya fenomena kelupaan berat. Jika terdapat tanda-tanda kelupaan berat, cuba ubah teknik penghafazan. Sebahagiannya dibincangkan dalam Tips #12. Ambil perhatian isu-isu lain yang berkaitan, antaranya:
a) masalah penghafazan ayat-ayat awal surah
b) masalah penghafazan ayat-ayat generic dan unik
c) perbezaan penghafazan ayat-ayat Makkiyyah dan ayat-ayat Madaniyyah
d) perkara-perkara ‘remeh’ seperti yang dibincangkan dalam Tips #7.
Seperti yang telah dibincangkan dalam tajuk-tajuk terdahulu, hakikatnya kemampuan seseorang menghafaz al-Quraan bergantung pada keizinan Allah. Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa. Jika mampu, amalkan doa yang diajarkan kepada Sayyidina Ali setiap minggu. Jika kurang mampu, cuba sebulan sekali. Jika tidak mampu juga, cubalah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jika masih tidak mampu juga, manfaatkan doanya sahaja.

Apr 4, 2009
Tips Hafazan : Ambil Tahu Ilmu Sokongan (Bhg 1)
Tips Hafazan # 19
Menghafaz al-Quraan sambil mengambil tahu ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kandungan al-Quraan itu sendiri boleh mempercepatkan hafazan. ‘Mengambil tahu’ bermaksud memahami prinsip-prinsip asas ilmu berkenaan. Maksudnya, tidaklah sampai ke tahap benar-benar menguasai ilmu berkenaan. Antara ilmu-ilmu yang harus diambil tahu ialah prinsip-prinsip asas bahasa Arab, hukum-hukum fiqh asas, peristiwa-peristiwa besar dalam seerah RasulAllah SAW, ringkasan kisah-kisah para nabi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘ulum al-Quraan.
Pengetahuan asas dalam ilmu berkenaan dapat membantu apabila kita berada dalam kekeliruan atau terpaksa membuat tekaan (guessing) apabila kita terlupa sesuatu ayat. Sesi ini akan membicarakan persoalan keperluan bahasa Arab asas.
Menguasai bahasa Arab memang satu kelebihan (advantage) dalam proses penghafazan tetapi bukanlah satu kemestian. Terdapat perbezaan yang ketara antara bahasa Arab seharian dan bahasa Arab rasmi dengan bahasa al-Quraan. Tidak semestinya seseorang yang fasih bercakap Arab boleh memahami al-Quraan dengan tepat. Oleh yang demikian juga, tidak semestinya seseorang yang fasih berbahasa Arab boleh menghafaz al-Quraan dengan mudah. Dewasa ini sudah menjadi tidak luar biasa apabila kita menemui seseorang yang lemah penguasaan bahasa Arabnya tetapi baik hafazan al-Quraannya. Walaupun al-Quraan merupakan bahasa Arab yang paling sempurna dan paling tinggi nilai bahasa dan kesusasteraannya, situasi yang dinyatakan tadi membenarkan firman Allah yang diulangi empat kali dalam surah al-Qamar (ayat 17, 22, 32, 40) bahawa al-Quraan itu telah dipermudahkan oleh Allah untuk orang-orang yang ingin mengingatinya.
Para penghafaz hanya perlu menumpukan penguasaan bahasa Arab dalam aspek yang menyumbang secara langsung dalam proses penghafazan. Tumpuan boleh diberikan kepada tiga aspek, iaitu:
a) menguasai prinsip-prinsip asas nahu/qawa’id, terutamanya hukum-hukum:
i. mubtada’, khabar, inna dan kaana
ii. kata bilangan (mufrad, mu’annath dan jama’)
iii. jantina (muzakkar dan muannath)
iv. perbuatan (fe’l, faa’el, maf’uul dan yang berkaitan dengannya)
b) memahami dan menguasi ‘common vocabularies’ al-Quraan. Oleh kerana, seperti yang dijelaskan di atas, terdapat jurang (gap) di antara bahasa Arab yang digunakan seharian dengan bahasa al-Quraan, penghafaz al-Quraan perlu mengetahui ‘vocabulary’ yang sering digunakan dalam al-Quraan. Untuk peringkat awal menggunakan al-Quraan terjemahan amat berkesan
c) mengusai istilah-istilah syara’, contohnya istilah-istilah yang digunakan dalam hukum-hakam dan dalam ilmu aqidah. Ini kerana istilah-istilah seperti ‘iman’, ‘jihad’, ‘taqwa’, ‘jazaa (ganjaran)’, ‘iqaab (hukuman)’, ‘falah (kejayaan)’, ‘jannah (syurga)’, ‘solah’, ‘nikah’, ‘ma’ruuf’, ‘munkar’ dan ‘zakaah/tazkiyah (penyucian diri)’ amat banyak digunakan secara berulang-ulang dan dalam berbagai bentuk di dalam al-Quraan. Selain daripada menggunakan al-Quraan terjemahan, membaca buku-buku yang berkaitan dapat membantu dalam pengukuhan kefahaman istilah-istilah berkenaan.

Apr 2, 2009
Tips Hafazan : Doa Untuk Saiyidina Ali
Tip Hafazan # 18
At-Tirmizi dan Al-Hakeem meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas (R.A.) menceritakan, pada suatu hari ketika itu beliau berada bersama-sama RasulAllah (SAW), kemudian datang Sayidina Ali bin Abi Talib (K.W) dan mengadu, “Ya RasulAllah (SAW) engkau adalah aku cintai lebih daripada ibu dan bapaku sendiri. Ya RasulAllah (SAW), aku telah cuba menghafaz Al-Quran, tetapi setiap kali aku melakukannya hafazanku hilang dari ingatan”. RasulAllah (SAW) bersabda, maksudnya, “bolehkah aku ajarkan satu cara yang berkesan untukmu dan setiap orang yang engkau sampaikan kepadanya?. Dengan cara itu kamu boleh (insya Allah) mengingati apa saja yang engkau pelajari”.
Kemudian Rasullah mengajarkan kepada Ali (KW), apabila malam Jumaat mendatang, bangunlah pada sepertiga akhirnya, itulah yang sebaik-baiknya. Itulah juga sebaik-baik bahagian daripada waktu malam, pada ketika itu jugalah malaikat turun dari langit dan pada ketika itu jugalah doa dimakbulkan. Pada ketika itu jugalah Nabi Allah Ya’qub bangun berdoa semoga Allah mengapunkan dosa anak-anaknya. Jika kamu tidak boleh bangun pada waktu itu, bagunlah di tengah-tengah malam. Jika tidak boleh juga, boleh juga dilakukan pada bahagian awal daripada malam.
Dirikan solat sunat empat raka’at (dengan dua salam)
raka’at pertama - Al-Fatihah - Yaasin
raka’at kedua - Al-Fatihah - Ad-Dukhan
raka’at ketiga - Al-Fatihah - As-Sajadah
raka’at keempat - Al-Fatihah - Al-Mulk
Setelah selesai membaca At-tahhiyat (iaitu sebelum salam pada rakaat keempat), persembahkanlah puji-pujian kepada Allah, kemudian berilah selawat dan salam ke atasku. Selepas itu, pohonlah keampunan (istighfar) untuk mu’minin dan mu’minat, serta untuk arwah muslimin dan muslimat. Kemudian, bacalah doa berikut:
Maksud doa (lebih-kurang):
Ya Allah, kasihilah daku dengan dikurniakan dengan dapat meninggalkan maksiat buat selama-lamanya, kasihilah daku dengan tidak dibebani dengan sesuatu yang tidak termampu aku melaksanakannya dan kurniakanlah aku dengan rupa yang elok seperti yang Engkau meredhainya.Ya Allah yang mencipta langit dan bumi dan yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, aku memohon daripadaMu ya Allah yang Maha Penyayang, dengan kemuliaan dan Nur WajahMu, supaya diperkasakan hatiku untuk mengingati KitabMu. Dan, sebagaimana Engkau mengajarkanku al-Kitab itu, kurniakanlah juga aku (kekuatan dan hidayah) supaya dapat membacanya sebagaimana yang Engkau menyukainya.
Ya Allah yang mencipta langit dan bumi serta yang mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan, aku memohon daripadaMu ya Allah yang Maha Penyayang, dengan kemuliaan dan Nur WajahMu, supaya disinari wajahku dengan Nur KitabMu, sentiasa dibasahi lidahku dengan membaca KitabMu, dibukakan hatiku, dilapangi dadaku dan dimandikan (disucikan) diriku dengan KitabMu. Sesungguhnya, tiadalah keupayaan aku melakukan yang haq melainkan dengan kekuatan dariMu jua dan tiadalah sebarang kekuatan pada apa-apapun melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agong jua.

Subscribe to:
Posts (Atom)