Puasa 3 hari berturut-turut atau lebih, tapi dengan bilangan ganjil.
Pada pagi terakhir puasa, bangun awal untuk qiamullail. Lakukan solat hajat 4 rakaat dengan 2 salam.
Solat hajat pertama.
Rakaat pertama, baca surah Al-Ikhlas 10 kali
Rakaat kedua, baca surah Al-Ikhlas 20 kali
Solat hajat kedua.
Rakaat pertama, baca surah Al-Ikhlas 30 kali
Rakaat kedua, baca surah Al-Ikhlas 40 kali
Sujud akhir sebelum salam, sebutkan satu saja hajat.
Selepas salam, baca surah Al-Ikhlas 50 kali.
Sementara tunggu Subuh, jangan bercakap. Teruskan dengan zikir ataupun baca Al-Quran. Selepas azan, lakukan solat sunat Subuh.
Rakaat pertama, baca surah Al-Insyirah dan Al-Kafirun
Rakaat kedua, baca surah Al Fiil dan Al-Ikhlas
Solat Subuh dan puasa.
Bila nak berbuka, semasa tunggu azan, didepan hidangan, baca doa minta apa yang dihajatkan.
Nota : Terima kasih pada Kak Absah yang bersusah payah menemui saya semata-mata untuk berkongsi ilmu yang dia dapat dari gurunya.
May 5, 2010
Apr 2, 2010
Demi Zuriat : Doa Menjauhi Gangguan
Maksudnya :
“Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dengan kalimat itu saya lepas dan selamat dari gangguan iblis, dari kudanya, dari bala tenteranya, syaitan anaknya, pasukannya dan dari semua kawan-kawannya, dari semua jin dan manusia dengan segala macam kejahatannya.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dengan kalimat tersebut, saya menolak penganiayaan orang yang ingin berbuat aniaya terhadapku dari sekian banyak makhluk Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dengan kalimat tersebut, saya mengecewakan orang yang telah melepaskan kesungguhannya untuk berbuat zalim kepada saya dari sekian banyak makhluk Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dengan kalimat itu, saya menahan permusuhan orang-orang yg memusuhi saya dari sekian banyak hamba Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dengan kalimat ini, saya membinasakan orang yang mengadu domba saya dari semua makhluk Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah. Dengan kalimat itu saya melemahkan tipu daya orang-orang yang melancarkan tipudayanya kepadaku, dari semua makhluk Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat ini, saya menghinakan orang yang menghinaku dari semua makhluk Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat ini, saya memecahkan orang-orang yang berbuat zalim kepadaku dari semua hamba Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat ini saya menguasai orang-orang yang telah menguasai saya dari sekalian hamba Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat ini saya mempertahankan kejahatan orang-orang yang ingin berbuat jahat kepadaku, dari sekelian hamba Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah. Inilah permohonan pertolongan, dengan kekuatan Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah. Inilah permohonan pertolongan, dengan kekuasaan Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah. Inilah perkongsian, dengan kekuasaan Allah.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat ini saya mohon pertolongan atas kehidupan dan kematian saya dan ketika malaikat maut turun pada saya dan ketika sedang melaksanakan keberatan kesukaran-kesukaran kematian saya.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat inilah saya membentengi jiwa dan semua anggota tubuh saya, rambut saya dan seluruh kulit saya.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat ini saya akan dimasukkan kedalam liang kubur, sendirian tanpa kawan dan hanya berdampingan dengan amal perbuatanku.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat ini saya meminta pertolongan di hari kiamat. Jika buku catatan amal perbuatan telah di berikan kepadaku, dan aku tahu dosa-dosa dan kesalahanku.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat inilah jika saya lama berhenti di hari kiamat dalam keadaan dahaga.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat inilah saya memberatkan timbangan amal perbuatan, di hari pembalasan, jika saya benar-benar ketakutan.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat ini saya melewati Ashshiroth (jambatan) bersama para kekasih Allah dan denga kalimah ini saya menetapkan kedua belah kaki saya.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah, dengan kalimat ini saya akan tetap berada di akhirat yang kekal abadi bersama orang-orang soleh, sejumlah kalimat-kalimat yang telah di baca dan yang akan di baca oleh orang-orang yang membaca, sejak mulai abad yang pertama sehingga akhir masa, sebanyak apa yang terkandung dalam kitab Allah dan sejumlah apa yang diketahui oleh ilmu Allah serta lipat gandanya yang berlipat ganda, selama-lamanya dan hingga kesudahan bilangan yang tidak berkesudahan. Sejumlah bilangan yang tidak akan sanggup menghitungnya kecuali Dia, dan tidak akan sanggup mengetahuinya kecuali ilmuNya.
Tiada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar.“
Bagi wanita yang mengandung, di sarankan agar membaca dan mengamalkan doa ini selepas solat Maghrib. InsyaAllah, dengan izin Allah, akan dapat menjauhkan dan menghindarkan diri dan kandungan dari pelbagai penyakit dan gangguan makhluk halus seperti jin, syaitan, dajjal dan sebagainya.
Mar 22, 2010
Demi Zuriat : Doa Menjaga Kandungan
“Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Mar 9, 2010
Umrah : Ikhtiar Melambatkan Haid Sementara Waktu
Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah dan dijangka akan haid semasa berada disana, sebaiknya cubalah amalan yang diajar kepada saya semasa menghadiri kursus umrah di Andalusia. Sayang sekali sekiranya kita tak dapat beramal semasa berada di sana.
Pengambilan ubat-ubatan untuk menahan haid yang boleh di ambil dari klinik dan hospital tidak di galakkan kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan. Saya percaya dan amat yakin bahawa apa jua langkah dan ikhtiar yang kita buat, tak akan berjaya jika Allah tak izinkan.
Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.
Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.
Caranya:
1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.
2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)
3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.
InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.
Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan olehnya.

Feb 24, 2010
Demi Zuriat : Doa Mendapat Anak Soleh
Maksudnya :
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Ya Tuhanku, ampunkanlah daku dan kedia ibubapaku dan sekelian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti." - Surah Ibrahim, 40-41
Maksudnya :
"Ya Tuhanku, berikanlah daku dari sisi Engkau seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku." - Surah Ali-Imran, 38

Subscribe to:
Posts (Atom)