Pengambilan ubat-ubatan untuk menahan haid yang boleh di ambil dari klinik dan hospital tidak di galakkan kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan. Saya percaya dan amat yakin bahawa apa jua langkah dan ikhtiar yang kita buat, tak akan berjaya jika Allah tak izinkan.
Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.
Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.
Caranya:
1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.
2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)
3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.
InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.
Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan olehnya.
22 comments:
Assalamu'alaikum wm wbr.
Jazakallahu khairan kathira. Entri yang sangat berguna bagi jemaah wanita yang ingin mengerjakan umrah / haji. Semoga ALlah memberkati usaha tuan.
Saya copy paste image tersebut dalam blog saya sebab saya kekurangan masa untuk snap sendiri maklumat tersebut. Harap mendapat restu dari tuan.
Terima kasih dan wasalam.
http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-23-amalan-memohon.html
salam,
terima kasih atas maklumat ini. amat berguna untuk para wanita yang akan mengerjakan haji/umrah. minta izin share di blog saya.
thanks.
Salam. Mohon kebenaran utk berkongsi maklumat ini. Terima kasih.
sy nak tanya, doa yg label 1x tu baca yg tertera tu shj ke atau kena cari dlm al-quran n baca bagi 1 surah hbs?.. maaf la sbb sy naif dlm bab2 mcm ni.. tq
saya nak tanya.boleh tak kalau saya guna doa ini untuk menggantikan puasa?
minta izin copy dan amalkan ya..
Assalam
Terima kasih di atas panduan ini. Mohon izin untuk saya ambil dan insyaAllah amalkan.
Apa maksud cara yg no 3 tu? Tahan nafas 5 jam
I like your language and hope that you have post good Islamic knowledge as well. i would like to offer you a cheap umrah packages for your umrah 2013 it will reduce your traveling cost.
Assalamualaikum. Mohon izin menyalin dan mengamalkan doa ini.
Cuma mohon penjelasan berkenaan menekan lidah ke langit-langit. Macamana nak baca ayat kalau lidah kita ditekan ke langit-langit.
Adakah kita habiskan baca ayat ayat kemudian baru tekan lidah ke langit-langit?
Terima kasih.
Salam. terima kasih atas maklumat yang amat berguna ini. minta zin copy dan diamalkan yea
Mohon share
syukran
Jazakallah. Berguna untuk saya kerana akan mengerjakan umrah. Mohon share ya admin. Semoga mendapat manfaat selagi ada yang mengamalkannya.
Mohon share
mohon halalkan ilmu ni utk sy amalkan.... saya dlm dilema tentang haid sy yg dijangka pada hari keberangkatan sya menunaikan umrah...doakan sy...tq so much... :)
Saya mohon share -save image utk saya mengamalkan utk pemergian umrah saya april ini...mohon halalkann. Tkasih
Assalamualaikum,
Mohon kebenaran untuk saya amalkan dari info ini. Semoga anda mendapat syafaat dan berkat dari Allah hasil dari perkongsian ilmu ini.
Terima Kasih.
Saya mohon kebenaran share....banyak membantu...semoga anda mendapat keberkatan dan kasih Ilahi...
mohon halalkan ilmu ini..sy akn berangkat after zohor..moga Allah memakblukn doa sy
assalamualaikum....saya memohon izin untuk daripada tuan untuk mengamalkan ilmu ini.
Assalamualaikum wbt... saya dgn berbesar hati memohon keizinan utk mengamalkan ilmu dan kaedah ini... saya dahulukan dgn ucapan berbyk2 terima kasih... semoga Allah merahmati kita semua... aaminnn...
Assalamualaikum....
saya memohon izin tuan untuk share dan mengamalkan ilmu ini..terima kasih.
Post a Comment