Puasa 3 hari berturut-turut atau lebih, tapi dengan bilangan ganjil.
Pada pagi terakhir puasa, bangun awal untuk qiamullail. Lakukan solat hajat 4 rakaat dengan 2 salam.
Solat hajat pertama.
Rakaat pertama, baca surah Al-Ikhlas 10 kali
Rakaat kedua, baca surah Al-Ikhlas 20 kali
Solat hajat kedua.
Rakaat pertama, baca surah Al-Ikhlas 30 kali
Rakaat kedua, baca surah Al-Ikhlas 40 kali
Sujud akhir sebelum salam, sebutkan satu saja hajat.
Selepas salam, baca surah Al-Ikhlas 50 kali.
Sementara tunggu Subuh, jangan bercakap. Teruskan dengan zikir ataupun baca Al-Quran. Selepas azan, lakukan solat sunat Subuh.
Rakaat pertama, baca surah Al-Insyirah dan Al-Kafirun
Rakaat kedua, baca surah Al Fiil dan Al-Ikhlas
Solat Subuh dan puasa.
Bila nak berbuka, semasa tunggu azan, didepan hidangan, baca doa minta apa yang dihajatkan.
Nota : Terima kasih pada Kak Absah yang bersusah payah menemui saya semata-mata untuk berkongsi ilmu yang dia dapat dari gurunya.
May 5, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)