May 7, 2008
Harta & anak
"Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah. Barangsiapa berbuat demikian itu maka mereka orang yang merugi." (Q.S. Munafiqun:9)
"Sesungguhnya harta bendamu dan anak-anakmu menjadi cubaan bagimu. Allah di sisiNya pahala yang besar." (Q.S. At-Taghabun:15)
Nota : Teringat kata-kata seorang teman tentang anak yang dikatakan anugerah dalam bentuk dugaan. Kenapa anak-anak sekarang semakin lama semakin ramai yang 'tersesat' dalam hidup? Banyak sebabnya, antaranya adalah kerana ibubapa tidak mampu memberikan satu asas serta contoh yang baik kepada anak semenjak dari kecil.
Keterlaluan mengejar dunia sehingga tiada masa untuk kemasjid, tiada masa untuk membaca Quran walaupun satu muka surat, tidak sembahyang berjemaah dan banyak menghabiskan masa untuk tujuan hiburan, membuatkan anak-anak membesar dengan hati yang keras. Ditambah pula dengan sogokan hiburan TV yang memaparkan kisah yang langsung tidak boleh dijadikan contoh yang mendekatkan diri dengan Allah. 95% (anggaran saya saja) rancangan TV yang ditonton oleh anak-anak kecil dan remaja (ditonton juga oleh orang dewasa) tidak langsung memberikan persembahan berbentuk pendidikan Islam.
Drama yg dirasakan boleh digunakan untuk memberi pengajaran pada anak-anak, lebih banyak memberi kesan buruk. Saya ambil satu contoh drama yang sedang ditayangkan iaitu 'Bella'. Kisah seorang perempuan yg ditimpa musibah, terbakar dan menjadi buruk wajahnya, kemudian menjalani pembedahan plastik. Dia menjadi semakin cantik selepas rawatan, sikapnya berubah menjadi lebih tegas, dan menjadikan matlamat membalas dendam dan mengambil balik harta yang telah dirampas.
Kenapa tak dibuat jalan cerita yg lebih lembut, seperti Bella berubah menjadi wanita bertudung yg kuat semangatnya, yang menjadikan Allah sebagai tempat bergantung dan berusaha mendapatkan haknya dengan cara yang lebih bersih, bukan dengan cara menggoda suami sendiri yang tak kenal dia lagi?
Lihat pula pada watak ibunya. Setelah dituduh gila dan dimasukkan ke hospital mental, kenapa tidak dibentuk wataknya supaya menjadi individu yang lebih pasrah, yang berusaha membuktikan kewarasan diri dengan cara beribadat kepada Allah? Kenapa tak ditunjukkan doa seorang ibu itu amat mudah makbul dan begitu mustajab? Bukankah dengan jalan cerita begitu boleh mendidik penonton muda supaya lebih berminat untuk mendekatkan diri dengan Tuhan?
Kita umat akhir zaman yang semakin jauh dengan Allah. Jangan jadikan harta dan anak sebagai satu titik yang kemudiannya melebar dan memanjang, menjadi satu garis yang menjarakkan kita dengan Tuhan. Dekatkan diri dengan Allah, bawalah anak bersama ke masjid, tanamkan sikap bersyukur dlm diri... Berusahalah untuk menuju kesempurnaan iman...
May 4, 2008
Kebajikan dan dosa
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang erti kebajikan dan dosa. Baginda bersabda yang bermaksud: Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa itu ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan di ketahui oleh orang lain."
(Sahih Muslim)
Apr 26, 2008
Pesanan itu satu dakwah
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
Kita manusia memang mudah lupa, kerana itulah setiap kali menghadiri ceramah, diakhir sesinya kita digalakkan membaca tasbih Kifarah dan Surah Al-'Asr. Semoga dengan itu, kita akan perpanjangkan ilmu dan berpesan-pesan antara sesama insan.
Peringatan atau dakwah harus bermula di rumah. Dakwah dari suami untuk isteri, dari isteri untuk suami, dari ibubapa kepada anak-anak dan juga boleh dari anak-anak kepada ibubapa. Peranan wanita dalam keluarga terlalu penting. Kerana itu beliau menyeru agar kaum hawa jangan lupakan pesan yang disebut oleh Imam Al-Ghazali. Menurutnya, Imam Al-Ghazali pernah meninggalkan 5 pesanan kepada kaum wanita iaitu;
1- Solatlah diawal waktu
2- Bacalah Al-Quran setiap hari.
3- Bacakan Hadis setiap hari kepada keluarga
4- Hiduplah dengan cara sederhana dan jangan bebankan suami
5- Galakkan suami untuk beribadat.
Pesanan ke 3 dan ke 5 ialah seruan kepada kaum hawa untuk berdakwah, berpesan kepada ahli keluarga iaitu anak-anak dan juga suami.
Nota:
"Ya Allah, Ya Azhiim... Sesungguhnya aku hambaMu yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan, lalu bekalkan aku dengan ilmu yang berkekalan dan pahatkan aku dengan amal yang berterusan agar aku mampu menjalankan tanggungjawab yang Kau serahkan padaku dengan sebaik-baiknya. Ilhamkan aku dengan pengajaran, agar aku mampu perbaiki dunia dan akhiratku hanya keranaMu Ya Allah.
Celikkan mata hatiku untuk mencari kebaikan, dan butakan mata hatiku demi menjauhi keburukan. Kuatkan suaraku untuk mencegah kemungkaran dan lancarkan bicaraku untuk mempertahankan kebenaran. Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki diriku, yang mengatur perjalanan hidupku, lalu bimbinglah aku agar tak tersalah arah.... Amin."
Apr 24, 2008
Bersyukur
"Sesiapa yang tidak bersyukur akan sesuatu (nikmat) yang sedikit bermakna ia tidak bersyukur akan sesuatu (nikmat) yang banyak dan sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia (yang berbudi kepadanya) bermakna ia tidak bersyukur kepada Allah. Dan ingatlah bahawa menyebut-nyebut akan nikmat Allah bererti bersyukur (kepadaNya) dan melupakannya bererti mengkufuri nikmat Allah; dan (ingatlah lagi) bahawa bersatu padu (sesama umat Islam) membawa kepada rahmat dan berpecah belah membawa azab sengsara.
(Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad)
Nota: Kita biasanya tidak sedar betapa bertuahnya kita kerana berada dalam keadaan tertentu, sehinggalah kita kehilangan apa yang kita pernah ada. Keinginan mengejar sesuatu yang lebih baik banyak didorong oleh nafsu yang ditunggangi oleh syaitan. Ada cerdik pandai (yang saya tak ingat dimana saya jumpa) pernah berkata (mungkin jugak terbaca dimana-mana) mengatakan bahawa nafsu tak boleh dibunuh selagi kita bernyawa. Apa yang boleh dilakukan ialah mendidiknya. Bagaimana? Dengan cara mengisi dada dengan iman dan melaksanakan dengan amal. Tak mudah, tapi memang boleh dilakukan jika ada kemahuan dan keazaman yang mendalam.
'Allah memilih hambanya yang mahu diberikan hidayah.' Tentunya setiap orang mahu menjadi insan terpilih, kan? Terpilih untuk naik pangkat, terpilih untuk memenangi peraduan jutawan, terpilih untuk menang rancangan realiti tv, terpilih untuk ditempatkan dihati... terpilih... terpilih... terpilih... Tapi mahukah anda terpilih untuk menjadi hambanya yang diredhai oleh Allah? Kalau ada niat untuk menjadi insanNya yang terpilih, mengapa tidak berusaha? Kenapa masih lalai dan leka dengan dunia? Kenapa masih teruja mengejar segala yang menjauhkan kita dariNya? Mengejar dunia, mahukan kesenangan hidup dengan pelbagai cara, malah ada yang sanggup berhutang untuk menyimpan dengan harapan ianya akan memberikan keuntungan di masa depan. Kemudiannya ada yang terpaksa lakukan 2 kerja untuk pastikan setiap hujung bulan cukup untuk buat bayaran. Lalu bila kita ada masa untuk mengabdikan diri padaNya?
"Ya Allah Ya Syakuur, jadikan aku hambaMu yang bersyukur dengan segala yang telah Kau kurniakan. Cukupkan aku dengan apa yang ada. Jauhkan aku dan keluargaku dari sifat tamak dan haloba. Rezekikan kami dengan masa untuk beribadat kepadaMu. Kurniakan kami kesihatan yang baik dan ringankan kaki kami untuk melangkah menuju kemajlis ilmu. Mudahkanlah laluan kami untuk melangkah kearahMu.... Amin."
Apr 17, 2008
Mata & Telinga
Pernah ditanya kepada platon, "Manakah diantara keduanya yang lebih membahayakan hati? Pendengaran atau penglihatan?" Dia menjawab, "Bagi hati, keduanya ibarat dua sayap burung yang tidak boleh naik mahupun turun tanpa salah satu darinya. Jika sayap itu kuat, mampulah dia terbang tinggi, tetapi jika salah satunya dipotong, tentulah dapat melemahkan yang lainnya."
Telah berkata Ali bin Abi Talib ra, "Mata itu perangkap syaitan. Melahap seluruh anggota dengan cepat. Jika nafsunya menyuruh anggota untuk taat kepada Tuhannya, sampailah angan-angannya. Namun jika anggota badan memperturutkan nafsu mendapatkan kelazatannya, sungguh rosaklah amalnya."
Nota : Menjaga penglihatan dan pendengaran begitu penting untuk memelihara peribadi. Kata orang 'dari mata turun ke hati' tapi sebenarnya bukan itu saja yang perlu dijaga tapi telinga juga. Mungkin perlu dicipta satu pepatah baru, 'dari telinga turun ke jiwa' (ish... tak sedaplah, memang tak sesuai langsung tapi tak kisahlah), kerana manisnya kata yang dihalwakan ke telinga mungkin akan membuatkan jiwa yang lemah semakin lemah dan mudah tergoda.
Hakikat manusia yang penuh dengan kelemahan, punya keinginan dan nafsu yang terkadang mengatasi pertimbangan akal. Apa yang terhidang dimata dan telinga mungkin menghilangkan kewarasan yang cuba dipelihara. Tapi kita ada Allah yang sentiasa ada untuk menjaga kita, sentiasa bersedia untuk kita bergantung kepadaNya, lalu mintalah pertolonganNya.
Kita harus berusaha untuk menghidangkan minda kita dengan ilmu yang mampu menyelamatkan kita dari terpedaya. Sentiasa percaya bahawa tetap ada cara untuk kita menjauhi keburukan dunia jika kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu segala tipudaya syaitan yang menyesatkan.
"Ya Allah, Ya Samii' Ya Allah Ya Basir, peliharalah penglihatan dan pendengaranku daripada menjadi alat untuk syaitan mempengaruhi dan melemahkanku. Aku lemah tanpa pertolonganMu, lalu bantulah aku Ya Tuhan.
Ya Allah, hiasilah mataku hanya dengan airmata kekesalan terhadap segala dosa yang pernah aku lakukan, hidangkanlah telingaku dengan bacaan puji-pujian terhadapMu dan juga suara dari kalam yang Kau turunkan, semoga dengan itu terjagalah hatiku dari segala pengaruh kemaksiatan yang hanya akan membawa aku jauh dari rahmatMu. Bantulah aku Ya Allah, ampuni daku ya Tuhan. Amin."
Apr 16, 2008
Berbakti pada ibubapa
Asy-Syaikhan merawikan dari Asmak binti Abu Bakar ra, dia berkata, "Ibuku datang kepadaku dan dia seorang musyrik dizaman Rasulullah. Maka aku meminta fatwa Rasulullah SAW. Aku berkata, "Ibuku datang kepadaku sedangkan dia benci kepada Islam. Perlukah aku menemuinya?" Nabi SAW menjawab, "Ya, temuilah dia."
Ibnu Hibban merawikan, "Keredhaan Allah itu bergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemarahan kedua orang tua."
Menurut riwayat Ibnu Majjah, "Ya Rasulullah, apakah hak kedua orang tua pada anaknya?" Rasulullah menjawab, "Mereka adalah syurga dan nerakamu."
Al-Hakim merawikan juga, "Maafkanlah isteri orang, maka isterimu akan memaafkanmu dan berbaktilah kepada orang tuamu, maka anak-anakmu akan berbakti kepadamu..."
Ibnu Majjan dan Ibnu Hibban meriwayatkan, "Seorang lelaki akan terhalang rezekinya sebab dosa yang dilakukannya. Tidak mampu menolak takdir dan menambah umur kecuali berbakti (kepada orang tuanya)"
Imam empat, dari Ibnu Umar berkata, "Aku punya isteri yang kucintai, namun Umar membencinya. Dia menyuruh aku menceraikannya tapi aku menolak. Dia datang kepada Rasulullah menceritakan hal itu kepadanya. Lalu Rasulullah SAW perintahkan aku menceraikan isteriku."
Nota: Begitu pentingnya kedudukan seorang ibu. Seorang insan cuma ada satu dalam hidup setiap orang, insan yang harus diambil berat dan dijaga hati dan perasaannya. Namun masih ada yang tidak tahu menghargai mereka. Kepada yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka. Kepada yang punyai anak, inilah masa untuk menghayati perasaan sebagai ibu. Hidup ini ibarat roda, apa yang kita lakukan pada seorang ibu dulu dan hari ini, mungkin akan dialami oleh kita satu hari nanti. Kembalilah kepada ajaran Allah, pasti segalanya lebih mudah.
Menjadi seorang ibu/ayah tidak mudah. Di dalam melayani keghairahan untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak, terkadang ada yang terlupa bahawa apa yang diberikan itu bukanlah baik untuk akhirat mereka, malah tidak baik juga untuk masa depan mereka di dunia ini. Menyediakan segala kelebihan dan kesenangan untuk mereka terkadang akan melalaikan dan menghilangkan nilai-nilai moral yang paling penting untuk masa depan mereka.
Untuk menjadi anak yang baik bukan sekadar memberi duit bulanan kepada ibu/bapa tapi apa yang mereka perlukan ialah perhatian dan perasaan dihargai sepertimana mereka begitu menghargai kita semasa kecil. Berikan kemanjaan dan bermanjalah dengan mereka seperti apa yang sering dilakukan ketika kecil, pasti itu sudah cukup membahagiakan hati tua mereka.
"Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku, sayangi dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihani aku ketika aku kecil dahulu. Lapangkanlah ruang kubur untuk mereka, tempatkanlah mereka dikalangan hambaMu yang Kau cintai dan berikanlah kebaikan untuk mereka berada disisiMu... Amin"
Apr 13, 2008
Solat
"Perkara pertama yang akan dihisab ke atas seseorang hamba pada hari kiamat ialag solat, jika elok solatnya, maka eloklah seluruh amalannya, jika rosak solatnya maka rosaklah seluruh amalannya"
Walaupun kita telah diajar untuk bersembahyang sedari kecil tapi nyata ada yang masih gagal untuk mencari rahsia kekhusyukan solat. Bukan senang nak menghindari bisikan syaitan yang sememangnya berusaha untuk mengalihkan dan mengganggu tumpuan. Banyak buku yang menyediakan panduan khusyuk solat, dan antara buku yang amat menarik perhatian saya ialah Bio-Mekanik Solat (Kaedah kemahiran khusyuk melalui fitrah biologi dan satu kaedah terapi) oleh Dr Yusof Abbas.
Ketika melayari internet, saya temui satu pautan video yang amat berguna untuk dibuat perbandingan, untuk dinilai kembali solat yang selama ini dilakukan dan seterusnya membantu memperbaiki solat andai ada yang kurang. Tontoni ceramah berikut oleh Ustaz Rasul Dahri yang bertajuk "Mencontohi Solat Rasulullah" sebanyak 12 siri.
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 1
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 2
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 3
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 4
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 5
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 6
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 7
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 8
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 9
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 10
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 11
=> Mencontohi Solat Rasulullah Siri 12
Semoga solat kita akan diterima oleh Allah. Amin.
Apr 11, 2008
Dugaan dan keimanan
"Bala merupakan pelita orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengah (lupa). Tidak seorangpun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan sabar."
Hendaklah orang yang berakal taat kepada Allah dengan takut dan ikhlas. Redha dengan keputusanNya. Sabar atas balaNya. Syukur atas nikmatNya serta menerima atas pemberianNya.
Ibnu Aththok berkata,
"Akan terbukti keteguhan dan pembohongan seorang hamba sewaktu berlakunya bencana mahupun kemakmuran. barangsiapa bersyukur disaat makmur, tetapi mengeluh bila ditimpa bencana, jelas dia orang yang dusta. Meskipun orang yang mempunyai segudang ilmu, tetapi mengeluh jika terkena angin bencana, sungguh tidak berguna ilmu dan amalannya. Allah telah berfirman dalam Hadis Qudsi : 'Barangsiapa tidak rela dengan keputusanKu dan tidak bersyukur pula dengan pemberianKu, hendaklah dia cari Tuhan selain Aku!'"
Nota: Setiap insan punya dugaan tersendiri. Jangan mengeluh, jangan bersedih. Sesungguhnya bila Allah turunkan bala, itu tandanya Allah sayangkan hambaNya. Dia mahu kita bangkit dari lena yang panjang, tersedar dari mimpi indah yang melalaikan. Mungkin tika kita leka diulit kesenangan, kita lupa bahawa kita ada tugas lain yang perlu dilaksanakan. Tugas/Tanggungjawab kita sebagai hamba Allah yang diamanahkan...
"Ya Allah, Ya Jabbar, perelokkan dan berbaikilah hati dan jiwakuku dari segala kerosakan yang disebabkan oleh kelemahananku. Hidupkanlah aku dalam iman, matikan aku dalam iman, bangkitkan aku dengan iman dan masukkan aku kesyurga bersama-sama iman. Permudahkanlah kembaraku untuk mencari dan memiliki cintaMu, dan berikan aku keupayaan untuk bertahan menangani segala takdir yang Kau tetapkan untukku. Jadikan aku hamba yang bersyukur dengan anugerahMu dan redha dengan segala pemberianMu. Berkatilah kehidupanku, keluargaku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku dan kenalan seagamaku. Amin."
Apr 9, 2008
Jangan Lambatkan Taubat
"Hai cucu Adam! Janganlah engkau melambatkan taubat, memanjangkan angan-angan dan kembali ke akhirat tanpa amal. Berkata bagai seorang abid namun berbuat seperti orang munafik. Jika diberi tidak menerima. Jika tidak diberi tidak sabar. Suka orang soleh tapi tidak termasuk mereka. Benci orang munafik tapi dia termasuk mereka. Dia perintahkan kebaikan tapi tidak melakukannya. Dia melarang kemungkaran namun tidak meninggalkannya."
Dalam Sohihain dari Abi Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda;
"Tanda orang munafik itu tiga; jika berkata dia bohong, jika berjanji dia mungkir dan jika dipercayai/diberi amanah dia khianat."
Nota : Taubat ialah memohon keampunan dari Allah untuk dosa yang dilakukan dan ia harus dilakukan setiap hari. Rasullullah yang dimuliakan Allah dan dijanjikan syurga dikatakan beristighfar 70-100 kali sehari, lalu kenapa kita yang setiap hari terdedah dengan dosa, terlalu liat untuk mengucapkannya, malah selalu menangguh-nangguhkan taubat. Mati tidak dapat dijangka dan dikawal. Jangan melengah-lengahkan taubat. Beristighfarlah selalu untuk membersihkan hati yang kotor.
"Ya Allah Ya Ghaffur, ampunilah daku. Ya Allah Ya Quddus, sucikan dan bersihkanlah hati dan jiwaku dari sifat-sifat yang Kau murkai dan Kau benci. Peliharalah dan jauhilah aku dari kejahatan yang ada dalam diri dan kejahatan yang ada dalam ciptaanMu. Sesungguhnya aku lemah tanpa pertolonganMu, lalu tolonglah aku, bantulah aku. Amin."
Apr 8, 2008
Allah berikan...
“Ya Tuhan, Kau keluarkan aku kerana Adam. Aku tiada kuasa keatasnya, kecuali dengan kekuasaanMu“.
Lalu Allah berkata,“Engkau Ku-kuasakan atasnya. Yakni, atas anak cucunya.“
Kerana para nabi selamat dari hasutan iblis, iblis berkata, “Berilah aku kuasa lagi.“
Allah berkata, “Setiap kali mereka beranak, kau pun beranak.“
Iblis memohon, “Berilah aku lagi.“
Allah berkata. “Jeratlah mereka dengan tipu daya. Temanilah mereka dengan harta dan anak. Sesatkan mereka dalam agama dan perbuatan yang batil. Perbuatlah sekehendakmu!“
Lalu Adam berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kuasa kepada iblis terhadap, maka aku tidak boleh menghalanginya kecuali dengan pertolonganMu.
Allah berkata, “Setiap umatmu akan dijagai oleh Malaikat.“
Adam memohon lagi, “Tambahilah aku.“
Allah berkata lagi, “Aku terima taubat mereka selagi mereka masih hidup.“
Adam berkata,“Tambahkanlah aku.“
Allah berkata lagi, “Aku ampuni mereka dan aku tidak mengira segala dosa yang dilakukan.“
Adam berkata lagi, “Baiklah, aku merasa senang sekarang.“
Kemudian iblis berkata, “Ya Tuhanku, Kau jadikan utusan kepada manusia dan kau berikan kitab. Maka siapakah utusanku dan apakah kitabku?“
Allah berkata, “Utusanmu tukang tenung dan kitabmu perangai buruk, hadismu bohong, quranmu syair, tukang azanmu seruling, masjidmu pasar, rumahmu tandas, makananmu sesuatu yang tidak disertakan dengan namaKu, minumanmu adalah yang memabukkan dan perangkapmu adalah perempuan.“
Note : Sesungguhnya terlalu banyak dugaan kepada umat akhir zaman kerana iblis dan syaitan semakin ramai untuk menghasut kita anak cucu Adam. Harta dan anak, sesungguhnya ia adalah anugerah, namun ia juga dugaan yang akan melalaikan kita dari mendekati Allah. Kesibukan, leka bekerja mencari harta kekayaan dan menguruskan anak, andai keterlaluan dalam memberikan perhatian kepada 2 unsur ini, akan memenangkan iblis yang misinya mahu menyesatkan manusia. Agama memberikan panduan tapi, jangan mudah merasa puas dgn title Islam yang ada pada kita kerana walaupun dalam agama, iblis tetap diberi kuasa untuk menyesatkan kita, lalu seharusnya kita berhati-hati agar tidak tersalah memilih pegangan dan fahaman.
"Ya Allah, selamatkanlah kami umat Islam dari segala tali yang syaitan gunakan untuk menarik kami menyertai mereka di neraka. Amin."
Mar 28, 2008
Taubat diterima atau ditolak?
Lalu ulama itu menjawab, "Tidak ada kepastian dalam hal itu, akan tetapi ada tanda-tandanya. Bagi orang yang diterima taubatnya, dia sentiasa akan menjaga dirinya dari maksiat. Dalam hati seolah-olah tidak ada kegembiraan dan sentiasa mengingati Allah. Dia suka bergaul dengan orang-orang yang soleh dan menjauhi orang yang fasik. Dia menganggap banyak terhadap dunia yang sedikit, tetapi menganggap sedikit terhadap amal akhirat yang banyak. Hanya sentiasa berpaut dengan sesuatu yang telah diwajibkan Allah atas dirinya. Dia jaga mulutnya. Selalu berfikir, bersedih dan menyesal atas dosa yang telah dilakukan."
Note : Lakaran kehidupan insan tidak sama coraknya tapi memang kita semua akan melalui perjalanan tersendiri yang dipenuhi dengan onak dan duri, disusuli dengan ombak dan badai, diiringi dengan pelbagai dugaan dan godaan, susah dan senang, suka dan duka yang munculnya silih berganti. Lumrah manusia yang bersifat lemah, bila senang mungkin akan menjadi lalai dan leka, bila susah akan merintih dan berhiba. Mampukah kita menangani kesenangan yang berlebihan yang mungkin menyebabkan kita berada dalam keadaan istidraj? Atau mampukah kita menguasai kedukaan yang mungkin membuatkan kita leka merintih dan mencari orang lain untuk dipersalahkan?
"Ya Allah, ingatkanlah aku akan dosa yang pernah kulakukan, agar dengan itu aku akan bersedih, berfikir dan menyesal, lalu ingatan aku akan sentiasa berada dalam keadaan bertaubat dan mengingatiMu. Janganlah Kau lekakan aku dengan kedukaan yang memilukan hati sehingga tenggelam oleh air mata tangis yang menghanyutkan diri, dan janganlah juga Kau lekakan aku dengan kesibukan dunia untuk mencari kemewahan yang tak mampu aku bawa mengadapMu nanti. Pautkanlah hatiku agar sentiasa mengingatiMu Ya Allah, biarpun tika hidupku susah mahupun tika hidupku senang. Amin."
Mar 24, 2008
Selawat Munjiyyah

Feb 20, 2008
Kisah Pemuda Arab di Amerika
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula ia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.
Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini berganjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"
Sang pendeta pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh?
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu?
Siapakah yg tercipta dari api, siapakah yg diazab dgn api dan siapakah yg terpelihara dari api?
Siapakah yg tercipta dari batu, siapakah yg diazab dgn batu & siapakah yg terpelihara dari batu? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar?
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismalah ia berkata,
- Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan
malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir
menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali
dinding yang hampir roboh.
- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
- Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah
menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb
Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
- Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT
berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu
delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu:
tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan
belalang.*
- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa
yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah
batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air."
(Al-Baqarah : 60).
- Tiga belas yg tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dgn ayah &
ibunya.
- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah SWT
ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf ,
yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi
berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan
terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun
bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." (Yusuf: 98)
- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah SWT
berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, unta Nabi
Shalih dan kambing Nabi Ibrahim.
- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan
yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan
selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
- Makhluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah
tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita,
sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah
besar." (Yusuf: 28).
- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: pohon
adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari dan buahnya adalah solat yang lima
waktu, tiga dikerjakan di malam hari dan dua di siang hari.
Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekhuatirannya, namun tidak berhasil.
Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."
Pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."
Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.
Note : Kisah ini difwd oleh seorang teman melalui dan menurut kandungan email tersebut, ianya adalah kisah benar dan telah diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet, http://www.gesah.net
Feb 18, 2008
Bismillah Lima

Feb 14, 2008
Khusyuk Dalam Sembahyang
Berusaha mengkhusyukkan diri ketika mengadap Allah, harus diikhtiarkan dan diamalkan. Berikut ialah beberapa kaedah untuk memperolehi kekhusyukan dalam sembahyang seperti yang terdapat di dalam buku Amalan Sepanjang Hayat
1. Sembahyang berjemaah (yang paling afdhal ialah di masjid)
2. Menjaga makanan dan minuman supaya halal di makan dan diminum dan yang di dapati daripada punca yang halal, begitu juga makanan yang syubhat (yang kesamaran hukumnya seperti makanan yang dikatakan ada dicampurkan benda-benda yang haram tetapi tidak jelas.)
3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin
4. Jangan sembahyang dengan menahan buang air besar atau air kecil. Selesaikan atau perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam sembahyang.
5. Mengambil wuduk dgn sempurna supaya air mengena semua anggota-anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas, seperti ingin mengadap orang besar
7. Sembahyang di awal waktu (melainkan ada majlis ilmu atau zikir, maka sembahyang isyak sunat dilambatkan sehingga selesai majlis itu.
8. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau mambimbangkan hati.
9. Mengingatkan mati dan kemungkinan yang sembahyang itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidup
10. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dgn Allah Yang Maha Agong dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya
11. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri kerana Allah melihat setiap gerak geri kita.
12. Memahami segala bacaan dalam sembahyang termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
13. Sebelum mangangkat takbir, baca surah An-Nas, selawat ke atas Nabi, Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
14. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa di dalam sembahyang
15. Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang.
16. Memanjangkan masa rukuk dan sujud
17. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita sembahyang.
18. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.
19. Hendaklah memandang ke tempat sujud.
Feb 11, 2008
Doa Mula dan Akhir Tugas
Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya. Dan aku berlindung padaMu daripada keburukan pekerjaan ini dan keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya diatas segala sesuatu itu Engkaulah Yang Maha Berkuasa menentukannya.
Ya Allah, aku serahkan padamu pekerjaanku dan jiwa ragaku dan aku bertawakkal kepada Engkau ya AllahNote : Setiap pekerjaan yang kita lakukan mempunyai rahsia yang tersembunyi, mempunyai risiko tersendiri. Samada pekerjaan yang kita lakukan sehari-hari iaitu tugasan di pejabat ataupun pekerjaan yang dilaksanakan bila kita di tugaskan seperti tugasan memasak untuk majlis kenduri. Lalu biar apapun pekerjaan dan tugasan yang kita lakukan biarlah ianya diberkati dan dilindungi oleh Allah. Baca dan amalkan doa ini selalu, semoga hanya kebaikan yang akan diberikan oleh Allah kepada kita untuk setiap apa yang kita kerjakan.
Sumber : Diedarkan semasa ceramah oleh Datuk Dr Fadhilah Kamsah di MSSAAS
Feb 5, 2008
Rahmat dan Istidraj
Allah kurniakan sesuatu apabila Dia merasakan hambaNya layak mendapat anugerah itu kerana kebaikan yang telah dilakukan. Contohnya A bersedekah kepada anak yatim, lalu Allah tambahkan lagi rezekinya. A disayangi bukan saja oleh sesama manusia kerana sifat pemurahnya tapi juga disayangi oleh Allah.
Istidraj : Pemberian Allah kepada hambaNya dalam keadaan benci dan tidak di redhai.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lalu Dia masih lagi berikan nikmat kepada hambaNya walaupun banyak kejahatan dan keburukan yang dilakukan, walaupun hambaNya itu tidak pernah menyembahNya. Contohnya B tidak pernah bersembahyang, tidak melakukan kebaikan malah seringkali membuat kejahatan tapi Allah masih lagi kurniakan kenaikan pangkat pada dia. Apa yang Allah beri adalah dalam keadaan Dia tidak redha dengan B.
Yang manakah mahu kita pilih untuk hidup kita? Mahu menerima rahmat atau istidraj?
Feb 4, 2008
Doa Pembuka 12 Pintu

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Sumber : Di edarkan semasa ceramah Datuk Dr Fadilah Kamsah di MSSAAS.
Feb 1, 2008
Renungan
"Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; tangan yang di atas (memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima bantuan)"
(Hadith riwayat Imam Ahmad)
Renungan
"Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?"
Baginda menjawab;
"Hendaklah engkau memberi makan kepada fakir miskin dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal."
(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasa'i)
Jan 22, 2008
Anak Anugerah Allah : Tips
Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.
Antara tips yang di berikan ;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Anak Anugerah Allah : Mertua
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.
Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismal berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Anak Anugerah Allah : Hubungan dgn bapa
"Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."
Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
Anak Anugerah Allah : Bertaubat Sebelum Melarat
Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.
Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
Jan 17, 2008
Anak Anugerah Allah : Doa Anak-Anak Termakbul
Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.
Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
Anak Anugerah Allah : Apa Punca Anak Derhaka
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .
Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka. Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.
Jan 15, 2008
Istighfar...
Tidak lama kemudian datang pula seseorang meminta didoakan agar dikurniakan anak dan jawapan Hassan ialah "Beristighfarlah kepada Allah.'' Kemudian datang lagi orang yang lain mengadukan tentang kebunnya yang tandus, Hassan juga memintanya supaya beristighfar.
Jawapan Hassan itu menimbulkan rasa tidak puas hati para sahabatnya, lalu mereka bertanya kepada Hassan mengapa semua masalah itu hanya dapat diselesaikan melalui istighfar. Hassan berkata, "Saya tidak mengatakan semua itu secara suka-suka. Tetapi berdasarkan firman Allah dalam surat Nuh ayat 10-12 yang bermaksud: "Maka aku katakan kepada mereka, mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.''
Apa yang dinyatakan oleh Hassan itu seolah-olah tidak berlaku pada zaman sekarang yang lebih banyak melihat sesuatu yang berlaku itu secara akal fikiran atau rasional semata-mata. Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita, tidak pernah dianggap sebagai akibat daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan. Lanjutan itu, dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah kita hakikatnya hanya mencipta masalah baru. Sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud: "Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).''
Peringatan Allah ini sebenarnya tidak pernah dipedulikan oleh sebahagian daripada kita, sebaliknya kita lebih banyak menggunakan kekuatan fikiran untuk menyelesaikan masalah. Istighfar hakikatnya adalah jalan terbaik untuk memberi kita petunjuk dalam menyelesaikan apa juga masalah yang kita hadapi. Ia akan menimbulkan keinsafan dan ia akan mendorong kita menghentikan perbuatan-perbuatan yang boleh mendatangkan dosa.
Sama ada kita hendak mengakui atau tidak, kita sering melupakan azimat Allah ini sehingga setiap kali kita menghadapi apa juga masalah kita terlupa untuk beristighfar kepada-Nya. Justeru marilah kita menjadikan istighfar sebagai amalan tetap kita seharian, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.
Memang Allah sengaja...
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah & Pengayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi manusia yang hebant jiwanya
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih mengenali kehisupan yang tidak selamanya kekal.
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.. Percayalah sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA
Jan 14, 2008
Renungan - Istidraj
So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah s.w.t kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi
Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.
Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani,Ahmad dan Al-Baihaqi). Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah s.a.w dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.
Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul bad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di
celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah s.w.t.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.
Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga. Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhai-Nya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaan-Nya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita mahu. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Sumber : email fwd by Zureen. - Thks!
Jan 11, 2008
Jangan.. Jangan.. Jangan...
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan Tidak menutup kepala ketika membuang air kecil dan besar kerana jika tidak, nanti di padang Mahsyar kepala penuh dengan najis2 itu.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
3 surah, 3 kekuatan
Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris ( speaking landong lagi) yang agak baik.Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pak cik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi,
katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda.
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati.
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.
Ketiga, kuat fizikal.
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan. Terpulang kepada anda untuk menerima nya atau tidak.
Sumber : email dari teman yg telah di fwd.. fwd.. fwd... sehinggalah sampai pd saya. Sayapun tak tahu siapa sebenarnya yg menerima pesanan bermakna ini. Apapun saya memang merasakan bahawa apa yang dicakapkan itu adalah benar.
Jan 10, 2008
1 Muharram 1429
Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian. Semakin bertambah beban, semakin kurang pula keupayaan. Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan, penuh ketenangan, menempuh ujian. Tuluslah dengan Tuhan, tuluslah sesama insan. Berkorbanlah demi kebaikan.
Sms from Nik Z . Thks :-)
Assalamualaikum. Happy moments, praise Allah. Difficult moments, seek Allah. Quiet moments, worship Allah. Painful moments, trust Allah. Every moment, thank Allah. Salam Maal Hijrah
Sms from Awiey. Salam Maal Hijrah to you too.
Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang insan itu melainkan dia sendiri yg berusaha mengubahnya. Dan jadikanlah perubahan itu perubahan yang kita impikan. Salam Maal Hijrah 1429. Semoga tahun ini ada perubahan dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...
Sms from Wan. Begitulah hendaknya...
Semoga Allah jadikan pagimu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan, Isyakmu keberkatan dan doamu tidak ditolak dan diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil balik, dan di buka padamu pintu syurga tanpa sempadan. Salam Maal Hijrah 1429Sms from Efah. Aminnnn....
Allah answer your prayers in 3 ways; He say 'yes' and give you what you want, He say 'no' and give you something better, He say 'wait' dan give you the best. Salam 1429HSms from Zu. Insyaallah...
Jan 9, 2008
Jan 7, 2008
Sejarah Ayat Kursi
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jinterbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukurperbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Cahaya Ayat Kursi
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-
hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga
mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"
Sumber : email dari teman
Jan 4, 2008
Nabi Muhammad in Hindu Scriptures
The book has been the topic of discussion and gossip all over the country. If the author of this book were a Muslim, he probably would have been arrested or murdered. Perhaps all copies of this book would have been confiscated. Maybe, even a ban would have been extended. A riot and violence would have broken out against innocent Muslims and their blood would have been shed.
Amazingly the author of this book, Pundit Vedaprakash Upadhyay, is a learned and famous Hindu professor. Pundit Vedaprakash Upadhyay is a Hindu Brahmin of Bengali origin. He is a research scholar at Allahabad University. After years of research, he published this book, and no less than eight pundits have endorsed and certified his points of argument as authentic.
According to Hindu belief, the Hindu world awaits "the guide and leader", named Kalki Avatar. However, the description as given in the holy scriptures of the Hindu points only to the Prophet Mohammed (PBUH) of Arabia. Therefore, the Hindus of the whole world should not wait any longer for the arrival of Kalki Avatar (the spirit) and should readily accept Prophet Mohammed (PBUH) as Kalki Avatar.
These are the FACTS verified and supported by eight other eminent pundits. What the author says is that Hindus, who are still anxiously awaiting the arrival of Kalki Avatar, are simply subjecting themselves to never ending pain. Because, such a great messenger has already arrived and departed from this world fourteen centuries ago. The author produces the following sound evidences from the Vedas and other holy books of the Hindu religion in support of his claim:
1. In the Puranas (Hindu scriptures), it is stated that Kalki Avatar would be the last messenger of God in this world. He would be for guidance of the whole world and all human beings.
2. According to a Hindu religion prediction the birth of Kalki Avatar would take place in an isle, which again according to Hindu religion is Arab Region.
3. In books of Hindus, the names of the father and the mother of Kalki Avatar are given as VISHNUBHAGAT and SUMAANI respectively. If we examine the meaning of these names we shall come to some very interesting conclusion. VISHNU (meaning God) + BHAGAT (meaning Slave). Slave of God = ABDULLAH (in Arabic) is the name of Prophet's (PBUH) Father. SUMAANI (meaning peace or calmness). Aamenah (in Arabic means peace) is the name of Prophet's (PBUH) mother.
4. In the religious books of Hindus, it is mentioned that the staple food of Kalki Avatar would be dates and olives and he would be the most honest and truthful person in the region. Without any doubt the Prophet Mohammed (PBUH) is acclaimed to possess these qualities.
5. It is stated in Vedas (holy book of Hindu Religion) that the birth of Kalki Avatar would take place in an honourable clan. This perfectly fits the Quraysh where Prophet Mohammed (PBUH) belonged to.
6. God would teach Kalki Avatar through His messenger (angel) in a cave. Allah taught Prophet Mohammed (PBUH) through His messenger Jibraeel (Gabriel) in a cave known as Ghaar-e-Hira.
7. God would provide Kalki Avatar with a very speedy horse to ride and travel the whole world and the seven skies. Indication of burraq (horse) and Me'raaj (the night when Prophet [PBUH] travelled the seven skies).
8. God would provide Kalki Avatar with divine help. This was particularly proved in the Battle of Uhud.
9. Another dazzling account given about Kalki Avatar was that he would be born on the 12th of a month. Whereas the Prophet Mohammed (PBUH) was born on the 12th of Rabbiul Awwal (Hijra Calendar).
10. Kalki Avatar would be an excellent horse rider and a swordsman. The author here draws the attention of Hindus that the real days of horses and swords have gone and the present time of guns and missiles. So it would be foolish on the part of those who still expect Kalki Avatar, who should be an excellent rider and swordsman to come. In fact, the divine book, the Holy Qur'an, contains qualities and signs attributed to Kalki Avatar reflecting on the Prophet Mohammed (PBUH).
The author has given numerous arguments in favour of his claim that Kalki Avatar is in fact Prophet Mohammed (PBUH) and those who still await the arrival of Kalki Avatar should not waste time.
Sumber : email dari teman.
Note : email balasan dari Muhammad Ibn Az, pemiilik blog http://satuhala.blogspot.com bila saya tanyakan tentang kebenaran sumber penulisan ini yang saya terima melalui email. "....saya memiliki buku bertajuk 'Muhammad in Hindu Scriptures' karya Dr. Ved Prakash tersebut. Memang betul apa yang dinyatakan dalam email tersebut sama dengan apa yang ada dalam buku.Saya memilikinya dua tahun lepas, pemberian dari seorang sahabat. Ada juga buku bertajuk "Muhammad in Buddhist scriptures'. Sebenarnya, setiap umat dari waktu sebelum ini, diutuskan Allah rasul dan Nabi bagi mengajak mereka mengenal serta menyembah Allah, disebabkan tradisi penyampaian secara lisan, maka semua fakta yang terkandung dalam ajaran asal berubah mengikut sedap mulut dan sedap cerita kaum2 tersebut. Ini termasuklah ajaran Hindu. Jika sdr membaca kitab mereka, hanya Tuhan yang Maha Esa disebut sebagai Tuhan mereka. Oleh kerana itu, pundit2 ini melarang orang2 biasa dari kalangan mereka untuk membacanya, bimbang kedudukan mereka sebagai Sami atau orang2 berpengaruh dalam agama mereka terjejas. Dr. Ved Prakash Uphadday, penulis buku tersebut, telah menganut agama Islam...." Sila kunjungi blog beliau untuk membaca banyak artikel menarik.
Jan 3, 2008
Mengantuk semasa memandu?
"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat:
"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM" 3X
Sumber : Email dari teman
Jangan Mengeluh...
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Jan 2, 2008
Kisah Cinta Agung
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Jan 1, 2008
Renungan
"Wahai anakku, carilah kekayaan dengan bekerja secara halal untuk mengelakkan kefakiran. Kerana orang yang fakir itu akan mengundang tiga perkara iaitu lemah agamanya, lemah akalnya dan hilang malunya. Dan yang lebih besar daripada ketiga-tiga perkara itu ialah manusia lain memandangnya dengan pandangan yang rendah (hina)".
